Thursday, December 25, 2014

Nota satu

Blog ni dah banyak kali bertukar itu dan ini. harapnya ini yang last. Blog ni akan dijadikan nota atau surat untuk diri sendiri. Jadi, untuk yang pertama ini, aku taktau nak cerita pasal apa. Oh ye, mungkin the simplest things. Jadi...

Raja Norhazrin,

Ok disebabkan kau nak final exam tapi kau masih dirumah bersuka ria bak cuti sem, kita cerita pasal final exam, Ok?

Sem ni, kau jangan berharap yang tinggi-tinggi. Tapi jangan la tidak berusaha langsung untuk dapat result yang baik . Jadinya, balik Melaka nanti teruslah study. Jangan layan malas. Selalu ingat Mama Abah dekat rumah yang sentiasa doakan kejayaan kau.

Cuba lawan malas kau, cuba lawan sikap ambil mudah kau. CUBA. Harapan masih ada kalau kau usaha. Allah tolong. SENTIASA. Kau je yang cepat mengalah. Tapi cuma satu, ingat, INGAT. Jangan kau sembah exam tersebut. Jangan tinggal dan jangan lewatkan solat. Jangan beramal hanya kerana exam sahaja.

Last. Buatlah sebaik mungkin. Kau tau kau boleh. Tapi kau malas. All the best, Raja Norhazrin.

No comments: