Hari ini pegi KL teman Mama pegi buat rawatan dekat Al-Hidayah. Tempat dia dekat Jalan Setiawangsa 13. Pegi je jalan yang disebut tu lepas tu akan nampak tempat rawatan tu. Alaa tempat yang ada Ashraf Muslim tu. Haaaa tadi dia pun ada. Sebelah meja tempat Mama dirawat je. Rezeki kann nak jumpa retisss. Eh? HAHA Sepatutnya pegi hari Isnin hari tu. Dah pegi, tapi ada masalah sikit so tak jadi la hari Isnin tu. Hari Rabu la makanya.
Masa pegi tu lama jugak kena tunggu. Ramai jugak orang yang nak buat rawatan ni. Tempat rawatan ni bukan hanya untuk gangguan makhluk halus je. Tapi untuk sakit sakit saintifik jugak. Macam darah tinggi, kencing
Habis buat rawatan terus balik rumah. Dalam perjalanan balik tu, kat jalan mana tah ada jem sekejap. Ingat kan ada road block ke, accident ke. Tapi memang ada accident pun. Tapi kat lane arah bertentangan. YAAAA ITU YANG AKU AGAK HANGENNN TU. Dah kenapa lane aku pulak yang slow padahal lane sebelah sana yang ada accident. Nak tau sebabnya? sebab rakyat Malaysia ni tersangat la perihatin kann. Ada accident je nak tengok, bawak slow slow pulak tu sebab nak tengok. itu yang menyebabkan jem.
Nak buat apa lagi kan. Sabar je la. Aku yang duduk belakang pun dah bising bising. Bamie yang drive tu mesti hangen jugak la kan. Dapat la Viva depan kitorang tadi 'sedas' [read:hon] tadi. Maaf la ye Cik Viva. Tapi memang tak patut betul la lane lain accident, lane lain yang jem. Nak perihatin tu bertempat sikit. Aku respect jugak la bab perihatin Malaysians ni. Tapi fikir fikir jugak manusia dibelakang ni. Mana tau ada emergency ke kann. Nanti lane sebelah pulak 'berjangkit' accidentnya kang. Na'uzubillah.
p/s : tadi aku pakai baju macam mak mak. Dah macam pengerusi persatuan ibu muda dah aku.
p/s lagik : alhamdulillah. Dengan izin Allah, Mama semakin pulih. Much better. Terima kasih Ya Allah atas nikmat ini.
No comments:
Post a Comment