Monday, September 17, 2012

Macamana Kak Raje study?

Assalamualaikum.

perhhh ! nampak tidak the seniorness kat situ? HAHA aku memang suka rosakkan bahasa. Cakap pasal bahasa. Sekarang tengah heboh pasal bahasa kedua which every students in IPT kena amik. [if i'm not mistaken] Tapi sampai sekarang aku tak dapat apa apa berita from my campus pasal benda ni. Exciting kan belajar bahasa asing ni. Kalau aku, aku rasa macam nak amik German. Tapi Arab pun best jugak. Dapat la sambung balik apa yang aku tinggalkan time form 3 dulu. Okay, mukadimah kemain panjang berjela. Takde link langsung dengan title pulak tu.

According to the title.. ada yang bertanya TAPI takde la ramai sebab aku ni bukan la straight A's punya orang dan bukan la 4 flatter.. ye la, aku dulu pun macam tu do. Tengok akak akak senior berjaya even dapat 5A pun aku akan tanya macamana dorang study. Sebab time tu aku rasa 1A pun susah bagi aku nak dapat. Aku pun tanya la macamana dorang study plus dorang buat apa untuk score dalam certain subject then aku try apa yang dorang buat tu. SEKEJAP je aku bertahan. Sekejap tu means sehari dua je la bertahan.

Lama lama aku terpikir yang aku tak boleh ikut orang. Study JANGAN ikut orang. Ikut la mood kau TAPI jangan la ikutkan sangat. Yelaa kalau ikut mood memang tak terstudy la kann.. berpacebook je la kann.. bertwitter je la kann.. berblog je la kann. So, aku ikut mood study aku je. Ada orang time petang ilmu senang masuk. Aku time petang memang tak masuk masuk so aku tidur je. Tidur pun ada sebab. Sebabnya malam aku akan stay up sampai la pagi.

Lagi satu, selain study ikut mood sendiri. Jaga hubungan. PLEASE PLEASE PLEASE. Jangan lupa solat. Jaga hubungan dengan Allah. Dengan parents. Dengan adik beradik dengan kawan kawan. Mohon doa dari mereka. Kalau boleh time stay up sampai pagi tu buat la solat hajat sekali. Yang ni serious aku rasa menyesal. Sebab hari tu time final aku stay up aku tak buat pun. Rasa bersalah sangat sangat dengan Allah. Sebab ape.. aku beriya iya stay up untuk mengejar dunia, akhirat aku lupa. TAPI sayang ALLAH kepada hamba-Nya, DIA tetap tolong aku memudahkan aku jawab soalan. *insaf*

So, itu je la yang aku buat. Aku tak la pandai mana. Tapi aku percaya dengan kata kata yang 'apa yang kita tanam itu yang akan kita tuai'. Kau akan dapat apa yang kau usahakan. Kadang Allah akan bagi lebih [always get that, I LOVE ALLAH] kadang kita akan dapat kurang. Tapi dua dua tu UJIAN sebnarnye. Dapat lebih, Allah nak uji kita riak atau tidak. Dapat kurang, Allah nak uji kesabaran kita. SEE the nice and beautifulness of ALLAH? BERSYUKURLAH wahai manusia!


p/s : note for myself :) take the good, ignore the bad.

5 comments:

atikahmahfud said...

endingg nice habes!! i lyke it bebeh!!,,hak3...
kita belajar dan usaha sbb nak jalankan sunnatullah sahaja... n the rest Allah yang tetapkan... =)
nice enty beb!! buat atikah tersentap bab solat sunat tuuuuuuuuu..~ weee

Aisyah Taib said...

superlike!

menginsafkan :)

Mawar Hitam said...

atikah : peringatan kita bersama :)

aisyah : tenkiu :)

Anonymous said...

okey..mmg menginsafkan...especially paragraph 4

Aziera Jumat said...

LIke doh!